Sparks Fly...
novel erti sebuah pengorbanan
Thursday 14 February 2013 • 03:00 • 0 comments

nOvel erti sebuAh pengOrbAnAn
Bab 1: Kisah Seorang Kawan

Iman Zulaikha, gadis berusia 13 tahun, bersahabat baik dengan Pei Wen. Mereka tinggal berdekatan dan belajar bersama-sama. Ibu bapa Iman telah bercerai ketika Iman berusia 12 tahun. Iman tinggal bersama dengan datuk dan neneknya, setelah ibunya melanjutkan pelajaran ijazah kedoktoran di New Zealand selama dua tahun.

Linda dan Iman bermusuh ketat di sekolah. Linda tidak mahu menganggotai kumpulan kerja kursus Sejarah Iman. Akhirnya, Iman bertindak menyertai kumpulan Zulkarnain dan Mohana. Iman turut bersimpati akan nasib Pei Wen. Saban hari, Pei Wen perlu berhadapan dengan ibu tirinya yang garang. Ketika merenung gambar keluarga, Iman terkenang akan perpisahan ibu dan bapanya. Walaupun mereka sudah berpisah, ibu dan bapanya masih bersahabat dan berharap agar Iman belajar berdikari dan menerima kenyataan.

Selepas waktu zuhur, Pei Wen mengunjungi rumah Iman. Pei Wen meluahkan perasaannya tentang ibu tirinya (mak cik, gelar Pei Wen) dan kehadiran lelaki asing kepada Iman. Sikap ibu tirinya (mak cik) berubah sejak dia keguguran apatah lagi bapa Pei Wen senantiasa sibuk di gerai ikan. Ibu tirinya pula sibuk menyiapkan tempahan kain baju pelanggan. Datuk dan nenek Iman telah menasihati Pei Wen.

Sebelum tidur, Iman akan membaca dan membalas e-mel ibunya di New Zealand. Melalui e-mel, ibu memberitahu Iman tentang kesibukan kuliah dan tugasannya. Turut disebut, Albert pemuda Inggeris yang berkaca mata, kenalan baharu ibu. Menurut Iman, ayahnya baru balik dari Manila. Iman bertekad untuk menyatukan ibu dan ayahnya semula. Dia mempunyai rancangan pada 15 haribulan kerana hari tersebut ialah hari jadi ibunya.

Bab 2: Pemilihan

Cikgu Julia memperkenalkan Adif Danial kepada murid-murid Tingkatan Satu Dinamik. Adif Danial bertukar dari SMK Damansara. Linda pula mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan Adif.

Cikgu Julia turut mengumumkan pertandingan pidato peringkat daerah. Seorang pemidato dari Tingkatan Satu Dinamik akan dipilih. Ai Ling mencadangkan nama Iman Zulaikha. Cadangan Ai Ling disokong oleh Pei Wen. Malangnya, Linda tidak bersetuju. Sebenarnya, Linda ingin bertanding dengan Iman. Cikgu Julia akan berbincang dengan Cikgu Osman, guru Perbama tentang tarikh pertandingan bersertakan tajuknya. Berkat dorongan dan sokongan rakan-rakan, akhirnya Iman bersetuju untuk berentap dengan Linda.

Selepas menjamu selera di kantin, Iman dan Pei Wen berbual-bual tentang ibu tiri Pei Wen. Menurut Pei Wen, ibu tirinya meminta maaf dan berpesan agar hal yang berlaku tidak sampai ke pengetahuan bapanya. Zulkarnain dan Adif Danial menghampiri mereka. Zulkarnain meluahkan perasaan bengangnya terhadap sikap Linda. Iman terpaksa menenangkan Zulkarnain.

Cikgu Julia telah menyerahkan tiga buah tajuk pidato untuk dipilih oleh Iman. Sejak hari itu, Iman membuat rujukan di perpustakaan bersama-sama Pei Wen, Adif Danial dan Zulkarnain. Iman turut mendapat bimbingan Cikgu Julia, guru bahasa Malaysia di sekolah itu. Pertandingan pidato antara Iman dan Julia akan bermula 9 pagi, hari Sabtu minggu berikutnya. Hubungan Iman dengan Linda semakin renggang. Jika bertembung, Linda pasti akan mengelak atau memalingkan wajah.

Pagi itu, sebaik sahaja tiba di sekolah, Iman bersemuka dengan Linda. Maka berlakulah pertikaman lidah. Linda menuduh Iman bertindak mempengaruhi kawan-kawannya, termasuklah Adif Danial. Mujur muncul Zulkarnain, Adif Danial dan Pei Wen. Iman segera meninggalkan kelas. Pei Wen mengekorinya ke tandas. Iman menangis di dalam tandas. Dia ingin menarik diri daripada pertandingan. Pei Wen tidak berpuas hati sambil bertindak memberikan dorongan kepada Iman. Menurut Pei Wen, maruah sekolah di bahu Iman. Akhirnya, semangat baharu menular ke dalam diri Iman.

Bab3 :ibu  dan ayah    
Hari Sabtu itu Iman gembira kerana menerima e-mel ibunya yang memberi galakan agar memenangi pidato dan bersabar atas tingkah Linda. Pagi itu, ayahnya juga menelefon dari Kuala Lumpur. Iman mencadangkan Ayahnya mengirim kad ulang tahun Ibunyake-38, namun Ayahnya hanya berdiam. Ketika membantu datuk neneknya membersihkan reban ayam, Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial muncul. Pei Wen membawa buah tangan, iaitu ikan sungai. Di sekolah mereka bertembung dengan Linda, Suzana dan Aminah di kelas sedang berlatih pidato. Linda mengajak Iman ke satu sudut dan terus melampiaskan lagi rasa cemburunya, sambil mendesak Iman menarik diri. Di rumah, Ayahnya muncul, lalu mengajak Iman, datuk dan nenek ke Port Dickson (rumah mereka di Seremban). Mereka makan ikan bakar di sebuah restoran sambil bercerita. Kemudian, berlaku perbincangan antara Ayahnya dengan datuk dan nenek tanpa kehadiran Iman. Sejak itu, nenek tidak ceria lagi. Akhirnya, Iman mendapat jawapan bahawa nenek berasa cemburu dan gusar jika cadangan Ayahnya mengajak Iman tinggal di bandar menjadi kenyataan. Iman bertegas bahawa dia hanya akan mengikut Ayahnya jika Ibunya, ibunya ada bersama-sama. Ada sesuatu yang tidak dicakapkan oleh nenek...

Bab4 : pertandingan

Pertarungan maruah (pidato) antara Iman dengan Linda tiba juga. Sementara Pei Wen dan Zulkarnain tercari-cari kelibat Adif Danial, Iman pula mengharapkan kehadiran Ayahnya, ayahnya. Linda tampil dengan hujah-hujah yang bernas, serta mendapat tepukan gemuruh. Kemunculan Ayahnya sebaik Iman naik ke pentas menyuntik semangat luar biasa gadis cilik itu. Setelah Iman diisytiharkan sebagai pemenang, Iman memperkenalkan Ayahnya kepada tiga sahabat karibnya. Demi bertemu mata, kedua-dua kawannya dan Adif Danial menjadi serba tidak kena, apatah lagi adif danial enggan menyambut salam Ayahnya bahkan terus meminta diri. Ketika Iman hendak mengucapkan terima kasih, Cikgu Julia terus memberi kata-kata dorongan supaya Iman mara hingga ke peringkat negeri. Sementelah Linda yang ditemui menuntut dia diberi tempat mewakili sekolah walaupun telah tewas. Di kamarnya, Iman membalas e-mel ibunya sambil menyelitkan harapan agar keluarga mereka kembali bersatu. Malah, ketika makan malam bersama-sama Ayahnya, Iman sengaja cuba memancing kenangan detik bahagia dengan pakaian ungu sedondon, tetapi Ayahnya cepat-cepat menepis cerita lama. Iman yang sebaliknya tersandar di kerusi sebaik Ayahnya mengatakan dia menemui pengganti Ibunya, iaitu ibu tunggal bernama Sofia yang juga ibu kepada Adif Danial. Iman hilang selera berhadapan dengan kekusutan dan kekecewaan dirinya. Setiba di rumah, Iman hanya dapat menahan pilu sebentar sahaja sebelum memeluk nenek erat-erat...

Bab5: kawanku adif

Hari Isnin itu kelibat Adif tidak kelihatan menyebabkan Iman mengelamun. Dia dihukum berdiri di luar kelas oleh guru Matematik, Cikgu David. Tiba waktu rehat, Iman hanya duduk di bawah pondok berhampiran kelas, dan kemudian Zulkarnain datang menyapa. Iman menceritakan perihal ayahnya, tetapi Zulkarnanin berpendapat bahawa jodoh ialah urusan orang dewasa. Apabila diberitahu kaitannya dengan Adif, Zulkarnain mencadangkan mereka ke rumah Adif. Setiba di rumah, Iman meluahkan rasa kecewa kepada datuk dan nenek. Iman mendapat keizinan untuk ke Taman Segar, Seremban, lokasi rumah Adif. Lelaki sebaya datuk menyambut mereka di banglo dua tingkat itu. Adif mengatakan bahawa perasaannya kusut dan dia tidak mahu diganggu, lalu berlari ke tingkat atas. Datuk Adif menjelaskan perubahan sikap cucunya, dan jelas bahawa si datuk juga tidak setuju dengan keputusan Sofia, menantunya untuk berkahwin dengan Ayahnya. Ketika Iman dan Pei Wen ke kedai buku, mereka ternampak Adif sedang berbual-bual mesra dengan Linda. Iman cemburu. Sambil menikmati ais kacang, Pei Wen memberitahu ibu tirinya sudah berubah setelah bekas suaminya yang sering datang memeras ugut ditangkap polis. Pei Wen menyesal kerana berburuk sangka.

Bab6:  kenapakah ibu

Dalam kesibukan persediaan pertengahan tahun dan pertandingan pidato, Iman tidak menerima e-mel ibunya. Iman juga dengan tegas menolak kata dua Linda supaya menarik diri daripada pidato menyebabkan Linda menolaknya jatuh dari tangga di sekolah. Mohana membantu Iman, sedangkan Adif juga ada di situ. Iman mahu mendiamkan perkara itu daripada nenek dan guru disiplin. Adik bongsu Ibunya, Pak Su Razlan baru balik dari New Zealand. Dia terlepas cakap dengan Iman bahawa dia berjumpa kak ngahnya (ibu Iman, Ibunya) mesra dengan "Albert" di sana menyebabkan Iman terasa. Datuk dan nenek sependapat bahawa keputusan tentang jodoh biarlah dibuat oleh Ayahnya dan Ibunyasendiri. Iman pula seakan-akan merajuk dengan sikap ibu bapanya, sebaliknya mahu menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan pidato. Iman balik lewat sedikit kerana menemui Cikgu Julia. Ketika waktu makan, barulah perbualan dimulai. Cikgu Julia memberikan pandangan yang matang tentang ayah ibu Iman, serta mahu Iman menghormati segala keputusan mereka. Iman akur bahawa dia tidak boleh berburuk sangka, sebaliknya menjadi anak solehah. Di rumah, Iman dikunjungi Zulkarnain dan Adif. Adif mahu meminta maaf, sambil memberitahu bahawa ibunya (Sofia) sedia berkorban untuk kebahagiaan dirinya. Berita itu melegakan Iman...

Bab7:usaha dan cabaran

Persiapan peperiksaan pertengahan tahun dilakukan secara kumpulan (Iman, Pei Wen, Adif, Zulkarnain). Seterusnya persiapan pidato juga demikian sambil dibantu oleh Cikgu Julia. 10 hari tanpa e-mel ibu meresahkan Iman hingga memberitahu nenek bahawa dia sudah tawar hati. Nenek meminta Iman menjauhi prasangka. Tiba-tiba Ibunya(ibu Iman) membuat panggilan telefon dari New Zealand dengan khabar dia baru keluar hospital akibat kemalangan jalan raya. Iman memeohon maaf lewat e-mel. Keesokannya berlangsung pertandingan pidato. Nota dan teks salinan asal disisip dalam diari ungu, warna kegemaran ayah dan ibunya. Malangnya, ketika hendak menyerahkan teks pidato untuk semakan Cikgu Julia, diari itu lesap. Seingat Iman, diari itu ditinggalkan di dalam beg semasa dia masuk ke perpustakaan. Usaha Iman dan Pei Wen mengesan diari itu juga tidak berhasil hingga menyebabkan Iman sedikit terkasar bahasa dengan Pei Wen. Akhirnya Iman harus menyediakan nota dan teks yang sama sekali lagi. E-mel ibunya menyuntik semangat. Enam buah sekolah mengambil bahagian, dan Iman ialah peserta kedua terakhir. Datuk, nenek dan kemudiannya Ayahnya (ayah Iman) hadir memberi sokongan (walaupun Iman merahsiakan hal pertandingan kali ini). Iman mahu memberi tumpuan...

Bab8:pengorbanan

Nama Iman Zulaikha binti Ayahnya menjadi buah mulut (sebutan) warga sekolah apabila menggondol kejuaraan pidato. Iman dan Ayahnya juga saling bermaafan. Keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang diumumkan oleh Cikgu Julia meletakkan Iman di tempat kedua di belakang Adif Danial, serta di hadapan Haris Fadzillah. Dalam pada itu, Zulkarnain membuat kejutan dengan melafazkan perasaannya kepada Pei Wen secara terbuka. Adif yang akan kembali bersekolah di Kuala Lumpur merendah diri dengan mengatakan bahawa nombor bukanlah segala-galanya. Zulkarnain sekali lagi mengusik tentang kesanggupan Iman dan Adif menanggung rindu akibat berjauhan. Tiba-tiba Cikgu Shaharudin, guru disiplin masuk ke kelas 1 Dinamik. Iman dan Linda dipanggil ke hadapan kelas. Cikgu Shaharudin menunjukkan diari ungu Iman yang hilang sambil memandang Linda yang hanya mampu tunduk. Iman sungguh terkejut, manakala Linda dituntut membuat pengakuan merancang perbuatan itu serta-merta atau dihadapkan kepada pengetua. Akhirnya, Iman memilih untuk memaafkan Linda, menyebabkan Linda terharu lalu terus mendakap Iman. Di rumah datuk dan nenek, pada sebelah petangnya diadakan kenduri kesyukuran. Iman mengenakan baju kurung ungu kegemaran ibu dan ayahnya juga. Pei Wen bersama-sama Pak Cik Lim, bapanya, serta ibu tiri hadir dengan khabar akan menimang cahaya mata lagi. Ayahnya juga rupa-rupanya sering berutus e-mel dengan Ibunya. Dalam majlis itu, Iman mendapati tingkah laku Mak Cik Sofia tidak ubah seperti ibunya sendiri. Usai majlis, Iman melayan perasaan sedihnya tentang Adif yang bakal berpindah sekolah. Kemudian, Ayahnya muncul mengkhabarkan rancangan bercuti ke New Zealand. Mereka akan disertai datuk dan nenek menziarahi ibu di New Zealand. Pengakuan Ayahnya untuk bersatu semula dengan Ibunya ialah pengorbanan yang sukar dibalas oleh Iman, dan Iman bersyukur justeru doanya telah dimakbulkan Ilahi...

novel erti sebuah pengorbanan
• 02:47 • 0 comments

pengenalan
Wednesday 13 February 2013 • 03:13 • 0 comments

pembahagian tentang novel yg diterbitkan untuk pelajar sekolah menengah bagi seluruh sekolah menengah di Malaysia..

Disclaimer
No harsh word please !

Hello, your short bio here. Change this to your own word for welcoming people.

Tagboard
Shout out loud !

Your cbox code goes here ;3

Time Machine
let's get back...

Credit Card
Big clap for them...

Skin by : Najmi Supian
Picture take from : We Heart It
Linkies code : WANA
Big Helped : Them